Polisi ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan e-penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
KUSKOP sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkannya meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik serta tadbir urus yang teratur.
Objektif e-penyertaan bertujuan melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Antara saluran komunikasi yang digunakan adalah seperti kajian atas talian, aduan awam, maklum balas pertanyaan, e-mel dan media sosial rasmi KUSKOP seperti Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube.
KUSKOP amat mengalu-alukan penyertaan dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut:

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Blok E4/5, Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62668 Putrajaya, Malaysia.
Tel : 03-8000 8000 | Faks : 03-8889 3712
Emel : korporat@kuskop[dot]gov[dot]my
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768
Pelayar Mozilla Firefox, Chrome, Safari
Hakcipta Terpelihara © 2024 Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi