Peranan Ketua Pegawai Digital

MOHD ASRI BIN MOHAMED
  • Memantau pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) Kementerian yang mengandungi perancangan pengunaan ICT dalam menyokong pencapaian matlamat Kementerian.
  • Memperkenalkan dan menyepadukan proses-proses yang bersilang fungsi antara agensi bagi menghasilkan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan.
  • Menyelaras pembangunan, pengendalian dan pengurusan sistem dan infrastruktur IT yang utuh dan selamat serta berdasarkan kepada ciri modular, connectivity, inter-operability dan portability.
  • Menentukan hala tuju sistem aplikasi Kementerian bagi mengurangkan masa dan kos pembangunan, penyelenggaraan dan pengoperasian.
  • Memelihara integriti data elektronik, menggalak perkongsian maklumat dan menyediakan kaedah bagi penyebaran maklumat secara elektronik kepada pengguna-pengguna yang sah sama ada dalam atau luar Kementerian.
  • Menganggotai Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan atau Jawatankuasa Utama yang menggubal dasar dan bertanggungjawab terus kepada Ketua Setiausaha.
  • Mempromosikan kegunaan ICT yang berkesan dan seiringan untuk mencapai matlamat strategik Kementerian dan bertindak sebagai agen dan perintis perubahan (Champion of Change).
  • Memimpin dan melibatkan Kementerian dalam usaha-usaha kerajaan untuk membangun dan melaksanakan projek ICT sektor awam yang membawa dalam pengurusan dan pentadbiran perkhidmatan awam.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Blok E4/5, Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62668 Putrajaya, Malaysia.

Tel : 03-8000 8000 | Faks : 03-8889 3712
Emel : korporat@kuskop[dot]gov[dot]my

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768
Pelayar Mozilla Firefox, Chrome, Safari

Dikemaskini pada: 14 Januari 2025

Statistik Pelawat : 1,589

Hakcipta Terpelihara © 2024 Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi