Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO)

AMARUDDIN BIN ISA

PEGAWAI KESELAMATAN ICT (ICTSO)

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

  • Memastikan semua infrastruktur keselamatan ICT Kementerian menepati prinsip-prinsip keselamatan berpandukan Dasar Keselamatan ICT dan Arahan Keselamatan Kerajaan.

  • Menyediakan dan mengkaji semula dokumen infrastruktur keselamatan ICT Kementerian bagi tujuan audit keselamatan ICT.

  • Mengenalpasti bidang-bidang keselamatan ICT Kementerian yang perlu diberikan perhatian.

  • Memastikan tahap keselamatan ICT Kementerian adalah terjamin setiap masa.

  • Memastikan semua warga Kementerian memahami keperluan standard, garis panduan dan prosedur keselamatan di bawah Dasar Keselamatan ICT Kerajaan.

  • Menjalankan penilaian risiko dan program-program keselamatan ICT di Kementerian.

  • Mewujudkan pelan tindakan bagi mengurus risiko akibat daripada ketidakpatuhan kepada standard, garis panduan dan prosedur keselamatan ICT di Kementerian.

  • Melaporkan kepada GCERT Kementerian mengenai sebarang insiden keselamatan ICT yang berlaku di Kementerian.

  • Membantu dalam membangunkan standard, garis panduan dan prosedur untuk aplikasi, sistem dan infrastruktur ICT di Kementerian bagi mematuhi keperluan Dasar Keselamatan ICT Kerajaan.

  • Mewujudkan program-program bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan pembudayaan mengenai teknologi dan mekanisme kawalan maklumat dan aset ICT, ancaman-ancaman siber serta peranan dan tanggungjawab pengguna dalam mengendalikan kemudahan ICT di Kementerian.

  • Menyebarkan dan menyalurkan amaran awal terhadap ancaman-ancaman yang berpotensi menyebabkan kerosakan besar kepada aset ICT Kementerian.

  • Mengurus keseluruhan program keselamatan ICT Kementerian.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Blok E4/5, Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62668 Putrajaya, Malaysia.

Tel : 03-8000 8000 | Faks : 03-8889 3712
Emel : korporat@kuskop[dot]gov[dot]my

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768
Pelayar Mozilla Firefox, Chrome, Safari

Statistik Pelawat : 1,589

Hakcipta Terpelihara © 2024 Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi